Tuesday, 14 June 2016

SISTEM 'TRAFFIC LIGHT'


MENGUKUR KEFAHAMAN PELAJAR MENGGUNAKAN SISTEM ‘TRAFFIC LIGHT’.

Sistem kad atau sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar.

CARA PENGGUNAAN.

Cara penggunaannya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.
Maka, semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.
Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem ‘traffic light’ ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau tentulah ada kerana takut disoal semula oleh guru!
Fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.
Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan ‘emoticon’ senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan ‘confuse’ untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!

# Diolah daripada sumber: http://www.cikguhailmi.com

No comments:

Post a Comment